Tips kehidupan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad

Negara kita digemparkan dengan pembelajaran sains politik kita. Tapi Atien tertarik dengan Tips dr Tun Dr Mahathir dalam kehidupan. So, Atien nak kongsi Tips Tun Dr Mahathir dalam kehidupan. 
Yang baik kita ambil. Yang buruk kita jadi sempadan. Tips ni dikongsi oleh seorang pemuda iaitu saudara Khairul Hakimin Muhammad menerusi Facebooknya.

Beliau ajar saya tentang:

1. Apa yang orang cakap, tulis. Apa yang kita sendiri cakap, pun tulis. Ia akan menajamkan ingatan dan senang untuk rujuk sama ada orang itu menipu atau bercakap jujur. Kita juga sentiasa kena jujur.

2. Membaca buku setiap hari. Ia untuk kecerdasan otak.

3. Banyak bermain dengan matematik. Supaya kita rajin mengira dan mendarab. Dua benda ini akan kayakan negara jika kita mahir.

4. Mesti belajar bahasa lain selain dari bahasa melayu. Ia akan memudahkan proses pembelajaran dan dakwah makin hebat tersebar.

5. Sayangi isteri. Kuatkan dia supaya kita juga kuat. Isteri yang hebat adalah untuk suami yang hebat.

6. Sayangi badan sendiri. Perhati apa yang masuk melalui mulut supaya kita sedar bahan api apa yang kita guna untuk kekalkan enjin (tubuh) kita menjadi antik berguna atau besi buruk.

7. Politik itu kotor, bersihkan dengan berlaku jujur, tegap pendirian dan sentiasa ada pasukan yang kuat.

8. Sentiasa belajar setiap kali menang. Bukannya kalah baru nak masuk kelas semula. Menang juga ujian.

9. Pasukan yang hebat ialah mereka yang tahu kerja sendiri. Tahu apa yang nak dibuat bukan sibuk buat kerja orang, banyak cakap dan banyak pidato.

10. Semua orang boleh jadi bangsa yang hebat. Namun tak semua orang yang boleh dicubit, yang boleh masuk arena sepak terajang kemudian melawan dengan kehebatan ilmu serta kemahiran. Siapa yang boleh, maka dia akan bangunkan negara. Kalau tidak, dia akan jadi orang lembik yang mengikut telunjuk orang sampai bila-bila.

Ni lah Tips yang dikongsi. Moga bermanfaat.

P/s: Atien tak tahu pasal politik. Yang Atien tahu, Atien doakan supaya Malaysia aman dan damai serta rakyat tak ditindas walaupun siapapun PM kita. Aamiin. 🤲🏻

Comments

Popular Posts