Pengiraan Personaliti Berdasarkan Nama Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)

Assalamualaikum dan Hai. 👋🏻

Da lama atien tak post kt blog ni. Maaf la. Atien lupa password blog apa. Last2 da tahu da apa. Tu la cuaikan tak tahu password apa. Ish..Ish... 😆

So da lama tak post. Comeback Atien ni, Atien nak share mcm mana nak tahu personaliti diri kita melalui kiraan pada nama je. Sebenarnya kiraan ni bak kata Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah 98% ia adalah betul. Tak tahu lah btol ke tak kan. Jom kita tgk. 😎

Yang baik kita kekalkan dan banyakkan lagi. Yang buruk, kita perbaiki jadi baik.

Jom kita mulakan.


Jadual kat atas tu adalah nombor setiap huruf pada nama kita.

So Atien buat ikut nama Atien la. Nama Atien adalah Fathin Lotfi.

So, pengiraannya mcm kt bawah ni:

F = 6, A = 1, T = 2, H = 8, I = 9, N = 5, L = 3, O = 6, T = 2, F = 6, I = 9

Total = 6 + 1 + 2 + 8 + 9 + 5 + 3 + 6 + 2 + 6 + 9 = 57 = 5 + 7 = 12 = 1 + 2 = 3

So, 3 ni dipanggil Destiny Number atau Expression Number.

Nombor ni perlu kira sampai la kita dapat nilai satu digit nombor sahaja. Jika dapat. Itulah dipanggil Destiny Number kita.

Keputusan untuk pengiraan personaliti berdasarkan nama ini adalah seperti berikut:

DESTINY NUMBER 1

Pro/positif : Seseorang yang mempunyai bakat semulajadi dalam kepimpinan. Berpotensi menjadi pemimpin yang berkualiti. Seorang yang sangat berdikari. Individu bernombor 1 juga seorang yang kreatif dan bercita cita tinggi dan seorang yang suka membuat pemerhatian atau mengenalpasti.
Kontra/Negatif : Individu bernombor satu biasanya mudah cenderung untuk menjadi sombong, mementingkan diri sendiri, degil dan tidak mempunyai kesabaran yang tinggi.


DESTINY NUMBER 2


Pro/Positif : Seorang yang bersikap positif, seorang yang mencintai kedamaian, bersikap diplomatik, seorang yang sederhana dan sensitif.
Kontra/Negatif : Terlalu bergantung dengan orang lain, mudah dimanipulasi atau seorang yang boleh menjadi manipulatif dan agresif orangnya.


DESTINY NUMBER 3


Pro/Positif : Individu nombor tiga biasanya seorang yang mudah berkawan dan peramah,mereka mempunyai pemikiran yang positif. Individu nombor 3 seorang yang suka aktiviti luar seperti jelajah, mengembara dan aktiviti lasak.
Kontra/Negatif : Kelemahan individu nombor 3 tidak suka menjadi diri sendiri. Menyembunyikan siapa mereka yang sebenarnya di dalam. Atau terlalu memendam sehingga tidak sesiapapun tahu siapa mereka sebenarnya. Mereka juga terlalu bermewah dan  kadang kadang berperangai gila gila.


DESTINY NUMBER 4


Pro/Positif : Individu bernombor 4 adalah seorang yang sangat rajin dan bekerja keras. Biasanya mereka seorang yang amanah, logik, berdisiplin. Mereka mempunyai sifat yang boleh menyelesaikan masalah yang berkualiti.
Kontra/Negatif : Apabila didatangi oleh situasi dan keadaan negatif, biasanya mereka mudah bertukar menjadi negatif. Atau, jika individu bernombor 4 adalah seorang yang negatif/jahat biasanya mereka adalah seorang yang degil, bertentangan dan berfikiran yang sempit sekali.


DESTINY NUMBER 5

Pro/Positif : Individu bernombor 5 adalah seorang yang mudah disesuaikan atau mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan keadaan. Mereka juga sangat penyayang dan romantis.
Kontra/Negatif : Biasanya tidak komit, tidak bertanggungjawab dan tingkah laku mereka selalunya tidak konsisten.


DESTINY NUMBER 6


Pro/Positif : Individu bernombor 6 adalah seorang yang mencintai keamanan. Jika individu ini seorang lelaki, dia mungkin mendapat gelaran 'Family Guy' kerana individu bernombor takdir/ekspresi 6 sangat mengutamakan keluarga dan penyayang. Individu bernombor 6 sangat boleh dipercayai dan stabil orangnya.
Kontra/Negatif : Individu dengan nombor 6 mudah cenderung untuk berperasaan cemburu! bersikap suka mengongkong dan tidak mahu berubah.


DESTINY NUMBER 7


Pro/Positif : Individu bernombor 7 adalah seorang yang intuitif. Jika individu ini seorang perempuan, kemampuannya dalam merasakan sesuatu yang baik atau buruk lebih tinggi. Seorang yang bijak dan terpelihara. Mempunyai kemampuan yang luar biasa atau psikik.
Kontra/Negatif : Seorang yang melankolik iaitu berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau duka cita. Individu ini mudah kelihatan ganjil. Sukar dihubungi dan mudah melepaskan terlalu banyak peluang. 


DESTINY NUMBER 8


Pro/Positif : Individu bernombor 8 adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan praktikal. Individu bernombor 8 juga seorang 'business-minded', berwibawa dan mempunyai kualiti dalam kepimpinan. Individu nombor 8 juga mempunyai keperibadian yang sangat kuat.
Kontra/Negatif : Mudah terasa tertekan, gemuruh dan padat. Seseorang yang materialistik, dan berfikiran sempit.


DESTINY NUMBER 9


Pro/Positif : Individu bernombor 9 adalah seorang yang mudah bersimpati, mudah membantu dan mempunyai sikap emosinal. Mereka bersikap tidak praktikal dan sangat toleran.
Kontra/Negatif : Individu nombor 9 kadang kala mudah dibuli. Tidak pernah merasa ragu akau mudah mempercayai. Tidak berhati hati dalam pengurusan kewangan. Kemurungan dan terlalu emosional.

Walau bagaimanapun, nombor belasan dan puluhan yang kita temui dalam pengiraan personaliti berdasarkan nama - Metafizik sains pernomboran ini juga mempunyai maksudnya. Ia dipanggil sebagai "Master Number" atau Nombor Induk/Utama. Berdasarkan pengiraan nama saya, nombor induk saya adalah 11. Dalam metafizik pernomboran (numerologi), terdapat dua nombor induk/utama iaitu 11 dan 22.


Nombor Induk atau Nombor Utama



NOMBOR INDUK/NOMBOR UTAMA 11


Pro/Positif : Seorang yang idealistik iaitu percaya bahawa perkara yang sangat baik akan dapat dicapai. Hal ini sering tidak dapat dilihat oleh orang lain. Seorang yang toleran iaitu bersedia menerima tingkah laku dan kepercayaan yang berbeza. Individu yang mempunyai nombor induk/utama 11 juga adalah seorang yang intuitif iaitu mampu mengetahui atau memahami sesuatu kerana perasaan daripada fakta atau bukti. Mereka juga seorang yang mudah menyesuaikan diri iaitu keupayaan atau kesediaan untuk berubah.
Kontra/Negatif: Mempunyai sifat sensitif yang keterlaluan dan terlalu bergantung dengan orang lain dan mempunyai sifat manipulatif semulajadi.


NOMBOR INDUK/NOMBOR UTAMA 22


Pro/Positif : Individu yang mempunyai nombor induk/utama 22 adalah seorang yang berprestasi iaitu mudah mencapai sesuatu yang baik dalam purata yang banyak atau lebih. Seorang yang banyak akal iaitu mahir dalam menyelesaikan masalah dan tahu membuat keputusan. Individu bernombor induk/utama ini juga seorang yang bersemangat tinggi dan kuat serta beremosi.
Kontra/Negatif Seseorang yang bernombor 22 mudah menjadi punca kerosakan atau mudah merosakkan dan mereka sangat dramatik atau terlalu emosional.


So, ni je yang dapat atien ungkapkan. Personaliti ini ada btol ada yg tidak. Kadang2 kebanyakannya btol. So bole ubah yang negatif tu. kalo nak lebih tahu lanjut bole la layari websites
sofinahlamudin.com byk dia huraikan mengenai metafizik ni. Atien ambil apa yg atien faham je. 😜 Lagipun Atien nak simpan sini supaya nanti bole main lagi kira2 nak tahu personaliti Org tu. Bestkan. 

Comments

Popular Posts