Pengalaman menaiki ets


ETS atau nama panjangnya Electric Train Service adalah kereta api untuk perjalanan panjang dari Padang Besar ke Gemas. Kereta api ini sesuai untuk mereka yang ingin pulang ke kampung tanpa menggunakan kereta dan senang cerita tak nak pakai tol atau malas nak pandu sendiri. Tiket ETS ni terbahagi pada tiga iaitu ETS GOLD, ETS PLATINUM dan ETS SILVER. Perbezaan ETS GOLD, ETS PLATINUM dengan ETS SILVER adalah bilangan perhentian untuk ke destinasi. ETS GOLD perhentiannya adalah lebih sedikit daripada ETS SILVER. ETS PLATINUM pula lagi cepat sampai daripada ETS GOLD. Oleh itu, harga ETS PLATINUM lebih mahal daripada harga ETS GOLD dan ETS SILVER.


Terma dan syarat dalam pembelian tiket ETS


Harga, kelas dan masa ETS dari Ipoh ke Butterworth dan sebaliknya


Harga, kelas dan masa ETS dari Ipoh ke Gemas dan sebaliknya serta dari Gemas ke JB Sentral dan sebaliknya


Harga, kelas dan masa ETS dari Ipoh ke Padang Besar dan sebaliknya


Harga, kelas dan masa ETS dari Ipoh ke KL Sentral dan sebaliknya

Habis da mukadimah tentang ETS. Kenapa nak cerita pasal ETS. Sebenarnya atien nak cerita pengalaman atien tentang ETS. Maklum la noob skit dengan ETS ni. Naik pun sebab ada kursus kat Ipoh. Atien naik dari Ipoh ke KL Sentral. Atien naik ETS GOLD. Sepupu atien yang belikan tiket kat online. Nasib la ada sedara kat Ipoh ni. Bole la tolong belikan. Kalo tak, atien tak balik la ke KL sebab tiket bas abis da. Ni la contoh tiket yang di beli online. Kita sendiri kena print out. Tapi atien sepupu yang printkan. Tq baby. 😘



Apa yang perlu kita lihat adalah koc apa dan tempat yang mana. Tiket atien tu menunjukkan koc B dan tempat duduk 8D. 
Dari terminal Ipoh jam 1.00 petang dan akan sampai ke KL Sentral dalam jam 3.22 petang. Jika nak senang masuk koc yang betul tu boleh la lihat kat garisan kuning landasan keretapi tu ada tulis koc A,B,C atau D. Kita cuma beratur kat landasan yang tertulis koc apa je. Lepas tu lihat tempat duduk kat mana. 


Ni tanda koc kita kat mana di garisan kuning di landasan kereta api tu. So kita beratur siap2 kat sini supaya pabila kereta api datang tak da la tercari2 koc mana kan. 


Kalo terlambat tak dan nak beratur dan tengok koc mana pada garisan kuning tu tak pa. Kat pintu kereta api da ada da koc apa kita duduk. So jangan panik. Jangan gelabah. Jangan gelisah. Relaks je. Semua boleh settle punya. 😝. Lagipun ada pepatah mengatakan, "orang tenang selalu menang". Cewah siap berpepatah lagi. Pui. Haha. 🤣🤣


Pemandangan di pintu masuk stesen keretapi ipoh. Cantik kan. 😁


Kereta api atien kat platform 1. Kalo tak tau platform mana, tanya je pegawai kat situ, dorang banyak membantu. Atien siap tanya lagi macam2 dekat pegawai tu, sampai tak rasa lama tunggu keretapi datang. 😅 tapi rasanya pegawai tu naik menyampah dengan atien. Haha. Sorry la ya encik pegawai. Nak buat macam mana, penumpang awak ni noob sikit. First time naik ETS, walaupun da banyak kali naik MRT dan KTM. Tapi still jakun bila naik ETS. 


Ni platform sebelah sana yang ke utara. Atien nak ke selatan. 😎


Sebelum masuk ke platform mana kita nak tuju, semua penumpang perlu beratur dahulu. Nampak tak, sikap negara maju semakin diterapkan dalam diri masyarakat Malaysia. Ni la sikap dan mentaliti negara maju. Alhamdulillah. Semoga sikap mentaliti seperti ini berterusan. 😉 (mcm la atien ni bermentaliti negara maju kan🤢). 


Pemandangan landasan kereta api ETS. Sama sahaja dengan landasan MRT dan KTM. Tak ada bezanya. 

Atien naik dari Ipoh dan kereta api ni ada berhenti dekat beberapa tempat sebelum sampai ke KL sentral. Terdapat beberapa tempat perhentian iaitu Setiawan, Kampar, Tapah road, Sungkai, Slim river, Behrang (tidak berhenti), Tanjung Malim, Kuala Kubu Baru (tidak berhenti), Rasa (tidak berhenti), Batang kali (tidak berhenti), Serendah (tidak berhenti), Rawang, Kuang (tidak berhenti), Sungai Buloh (tidak berhenti; laluan mrt dan ktm je), Kepong Sentral, Kepong (tidak berhenti), Bank Negara (tidak berhenti), Kuala Lumpur dan akhir sekali KL Sentral. 
So lagi mahal harga tiket ETS, lagi kurang kereta api  berhenti di perhentian dan lagi cepat sampai ke destinasi. 

Setiap kereta api ETS  mempunyai pramugara dan pramugari. Ini yang membezakan ETS dengan MRT dan KTM. Mereka akan check tiket kita sama ada kita dalam kereta api yang betul atau tidak. 


Pramugari Kereta api


Pramugara kereta api

Pramugari dan pramugara ini berpakaian berwarna kuning iaitu warna untuk syarikat Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB). Beza pramugari dan pramugara kereta api dengan kapal terbang adalah mereka tidak menunjukkan cara2 memakai tali pinggang keledar. Mereka hanya mengambil tiket seperti dalam filem Harry Potter tu. Hee. So ianya jakun bagi atien yang first time naik kereta api untuk perjalanan jauh. Selalu atien naik flight je. 😁


Ni pemandangan dalam gerabak kereta api. Kedudukan kerusinya berbeza2, ada yang menghadap hadapan dan ada yang menghadap belakang. Ada juga yang menghadap sesama penumpang. Susunan kerusi ini adalah ikut nasib. Jika nombor kerusi itu susunan menghadap belakang. Macam tu la awak semua duduk sehingga sampai. So nasib awak la dapat susunan macam mana. 

ETS ni ada bilik air. Maklum la perjalanan panjang. So mestilah kena ada bilik air. 

Cerita bilik air kat ETS ni adalah cerita paling lawak dan memorable bagi atien. Ia adalah satu cerita yang kelakar dan lawak la kot. Kalo awak semua rasa tak lawak. Senyap2 suda. Haha. 😆

Alkisahnya, nak pi bilik air sebab sejuk dan banyak minum air, so nak la membuangkan. So pi la bilik air ni yang terletak di tengah2 antara koc B dan koc C. Susunan kerusi di koc B ada yang menghadap ke bilik air ni. So ada la orang yang pemandangannya ke bilik air. So atien ni tak tahan pi la bilik air. Pi la nak buka pintu bilik air tu. Tak dapat2. Ketuk pintu bilik air macam tak de orang. Pastu ada la seorang mamat ni yang duduk menghadap bilik air tu bagi isyarat bagaimana nak buka pintu bilik air tu. Nasib la faham isyarat yang diberi tu. Akhirnya dapat la buka pintu bilik air tu. 


Ni la butang nak buka pintu bilik air tu. Automatik beb. Mana nak tau buka dia kena tekan2. Jakun kejap. Haha. Da macam kat Jepun pula ni. Nak kunci pintu tu pun ada butang tu. Butang bawah untuk buka pintu, butang tengah untuk kunci atau tak kunci pintu. Butang atas sekali nak buka pintu secara auto atau manual. Macam tu la. 

Tekan butang bawah tu. Dapat la buka pintu bilik air tu. Da masuk je terus pintu bilik air tu tertutup dengan sendirinya. Kalo kita tak nak orang buka pintu bilik air. Kita tekan la butang tengah tu ke arah lock. Supaya orang luar, apabila nak masuk bilik air dia tau da occupied. Menarik kan. Apa biasa je. Okay la. Atien je yang jakun. Kalo korang rasa da biasa   Tak pa la. Baca je la cerita ni, buat2 jakun sekali. Aish. Haha. 


Sinki dalam bilik air tu. Macam kat flight kan. 


Mangkuk tandas dalam bilik air tu. Nasib ada air. Kalo tak kena la kesat2 dengan tisu. Tak selesa la jadinya. Huhu. 

Da abis masuk bilik air nak ke tempat duduk, atien jumpa mamat yang tolong atien tadi. Atien ucap terima kasih. Pastu dia pun kata dia dulu pun macam tu. See. Bukan atien je yang jakun dan noob tau. Mamat tu pun sama tau. So tak payah nak gelakkan atien la. Macam la korang tu hebat sangat. Atien lagi hebat tau. Eh! 😆

So last sekali da touch down kat KL Sentral baru tahu ramai juga penumpang ETS ni. Maklumla dalam kereta api tak nampak pula. 


So atien payung la gambar atien dengan opah. Almaklum la kursus kat Ipoh takkan tak jumpa opah kan. Ate orang Ipoh.  Lagi2 atien ni cucu kesayangan opah. Sah2 la mesti kena jumpa opah. Cucu favourite kot. Haha. 


Alhamdulillah. Opah sihat walafiat. Semoga opah dapat la tengok cucu favourite dia ni ke jinjang pelamin ye idok. 😁


So end of my post today. Keep following me guys to read another story. 😎 Thank you for reading guys. 😁

Comments

  1. Lawak ko Atien. Acik bg A utk karangan kamu.

    ReplyDelete
  2. Hi atien. Assalamualaikum, boleh tak nak tahu kalau nak keluar ke destination kan? Diorang akan announce macam kita naik tren tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. dia announce. mcm lrt dan mrt jgak..
      Setiap tren lain-lain destinationnya, masa beli tiket kat online mahupun di kaunter bole tanya. Sorry lambat balas :)

      Delete
  3. Haii sorry nak tanya klau tiket on9 mmg kena print
    ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak print pun tak pa. janji ada download pdf dalam phone. Nanti pegawai tu minta tunjuk, tunjuk je pdf dalam phone tu. Sorry lambat reply. Been busy :)

      Delete
  4. Nak tnya , klau mcm luggage , dy ada tempat lain x nak letak selain atas seat dkat kepala kita tu??? Sbb klau luggage besar mcm mna??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. kat depan sekali atau blkg skali di setiap pintu masuk koc keretapi tu. So penumpang yang duduk dekat pintu masuk tu perlu bersesak dengan beg2 org lain. So atien nasihatkan pilih lah kerusi yg dekat tengah skit.

      Delete
  5. Lawak lh Atien....tq Atien next month pn hakak first time nk naik ni....nasib Atien crita pasal tandas klau x hakak pn xtau hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. sorry kak baru balas.. so mcm mana kak? okay tak naik ets. da tgk da ke tandas dia? jakun kan (^.^)

      Delete
  6. Well..cara masuk toilet tu..sgt membantu..lepas baca ni terus sy ke toilet dlm ETS ni..firsttime naik

    ReplyDelete
  7. Nak tanya, seat dia selesa tak untuk tidur? Boleh dibaringkan sedikit atau macam mana? Kena bawak bantal leher tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena bawa bantal leher tu... tak bole nak baring sangat. nasib kalo baik, dapat seat sebelah kosong boleh la baring...

      Delete
  8. Bestla baca pengalaman yg atien kongsikan. Insha Allah suatu hari nanti saya akan naik ETS juga.

    ReplyDelete
  9. esok nak naik ETS 1st time. TQ adik info nya... hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts