White Henna and Red Henna


Assalamualaikum dan haiii...

Bertemu lagi. Da lama Atien tak menulis mengenai pengalaman Atien tentang mencantikkan diri ni.
Kalini Atien nak cerita pasal Henna atau nama yang biasa orang kata adalah inai. Nama dia je glamour Henna. 

Henna ada bermacam-macam Henna. Yang Atien tahu Henna merah, Henna celup, Henna daun dan yang terbaru adalah Henna putih (White Henna). Sebelum Atien cerita mengenai pengalaman Atien dengan henna ni. Atien nak cerita pasal sejarah Henna dlu (bole skip ke bawah kalo rasa sejarah membosankan 😜😉). 

Henna adalah nama tumbuhan tertua yang digunakan sebagai kosmetik. Perkataan Henna berasal dari bahasa Latin bagi tanaman Lawsonia Inermis di mana orang Arab memanggilnya sebagai Hinna.  Tumbuhan Henna boleh mencapai ketinggian 4 hingga 6 kaki dan dapat dijumpai di negara-negara seperti Pakistan, India, Afghanistan, Mesir, Yaman, Uganda, Maroko, Senegal, Tanzania, Kenya, Iran dan Palestin. Henna tumbuh sangat baik di iklim panas. Mehdi pula adalah lukisan inai di tangan tu. Seni Mehdi telah berusia hampir 5 000 tahun. Beberapa sejarahwan mengatakan bangsa Mogul yang membawa Mehdi ke India, ada yang menyatakan ia berasal daripada India dan ada juga menyatakan dari Timur Tengah atau Afrika Utara.

Di India, Mehdi merupakan salah satu cara mempercantikkan diri selain memakai make up atau perhiasan. Ia boleh dipakai untuk harian mahupun untuk acara rasmi seperti pernikahan. Dua atau tiga hari sebelum pernikahan dilangsungkan, pengantin perempuan akan menghadiri pesta Mehdi yang diselenggarakan bersama keluarga dan teman-teman pengantin perempuan. Tangan pengantin perempuan akan dihias Mehdi dari hujung jari sampai lah siku. Di kaki pula dari hujung kaki sampai lutut. Nama pengantin lelaki akan ditulis secara tersembunyi di sela-sela mehdi yang dipakaikan tu dan akan dijadikan pertandingan mencari nama pengantin lelaki di mehdi tersebut. Kadang-kadang pengantin lelaki memakai juga mehdi. 

Dalam sejarah pemakaian henna digunakan untuk menangkal kejahatan dan membawa nasib baik bagi pemakainya. Ini disebabkan henna biasa dipakai sebelum melahirkan (sewaktu hamil) dan sebelum pernikahan (bakal pengantin). 
Itulah sejarah henna. 

Panjangnya intro dia ya. Okay Atien nak cerita haritu Atien cuba pakai white henna masa majlis penting Atien la. Bagi Atien henna merah lagi best daripada henna putih. Henna putih dia macam kita pakai liquid kat tangan dan senang nak tanggal. Kalo henna merah Atien pakai tahan dan selesa sahaja pakai. 

Ni la contoh henna putih Atien pakai. Atien pakai sendiri tau. Jangan main2 kedua-dua belah Atien pakai. Dari 7.30 pagi sampai la pukul 8.30 pagi. Sejam. Sebab Atien nak kena pakai teliti dan mengambil masa untuk pakai henna putih di sebelah kanan tangan sebab menggunakan tangan kiri untuk memakainya. 



Cantik tak hasilnya. Kalau perasan henna ni da nak tertanggal da tu. Da hilang da coraknya tu
Ni henna yang di pakai sebelah kiri tangan. Tebal sikit sebab baru je pakai dan praktis. Henna putih adalah kali kedua Atien pakai sendiri. Masa hari kejadian (majlis pertunangan) Atien praktis untuk kali kedua. Cantik tak? Amacam boleh jadi peniaga lukis henna tak? 

Ni kejadian tangan kanan. Cantik lagi sebab susah tu nak lukis guna tangan kiri. Bukan senang kalau kita nak lukis henna pada tangan sendiri. 


Nampak ni bukti kecacatan semasa lukis henna putih. Strunggle tu. Hehe. 

Nah video Atien lukis henna. Harapnya korang semua bole lah try kat rumah pakai sendiri. All the best. 😘😘

Comments

Popular Posts