Churros versi Malaysia

Al-kisahnya ternampak resepi churros di fb. Sedap dan lepas tu beli la bahan2 dia kat mydin, ipoh. Maklum la da balik kampung untuk hari raya aidil adha tapi teringin nak makan churros jugak. So gigih juga beli. Nasib la rumah kat ipoh ni ada oven. So bole la buat churros. 





Nak jadikan cerita. Buat la jugak churrosnya. Da buat2 rupa2nya salah beli piping. Pi beli piping untuk coklat mmg tak jadi la. So konklusinya, buat la mcm bulat2 tu. Jadi la bentuk mcm cekodok tak mcm churros yg kat tv nun. Tapi rasanya sgt la mcm churros. 😋😋 

Kalo nak resepi ni haa. Resepinya. 😊

RESEPI CHURROS:
.
1) 1 cup Water + 3 tablespoon Unsalted Butter + 1 tablespoon Vegetable Oil + 1 tablespoon Sugar + 1/4 teaspoon Salt (Masak dalam pan sampai mendidih)
.
2) 1 cup Flour (Semasa mendidih, kecilkan api & terus masukkan tepung, kacau sampai sebati menjadi bola)
.
3) Masukkan ke dalam bowl & letak 1 teaspoon Vanilla Essence (*Sentiasa gaul hingga sejuk sedikit)
.
4) Masukkan 4 Telur & gaul sampai sebati (telur one by one)
.
5) Isi ke dalam Piping Bag
.
6) Goreng hingga golden brown
.
7) Celup ke dalam Cinnamon & Sugar (ni kalo x pyh pun tak pe. Atien guna coklat cadbury cairkan je. Hihi) 
.
ENJOY! 🤗


Ni haa. Rupenyer. Mak atien kata mcm cucur manis yg pernah popular dlu2. So jadi la. Kan. 😌😌😚

Comments

Popular Posts